Wednesday, July 27, 2011

Kembali lagi..

alhamdulillah lagi beberapa ari lg umat islam akn menempuh satu bulan y penuh ngan barakah n digandakan amalan bagi y membuat beribadat kepada Allah...
sudah ckup kan persedian kita u menghadapinye?
ari2 aku ade dgr ckit tazkirah dari seorg ustaz y memperingatkan ttg persedian mghadapi pose...

i- Berdoa’ … semoga Allah melanjutkan usia anda dapat menyambut bulan Ramadhan… sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam, di samping memohon pertolonganNya dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya, 

ii- Membersih diri dan bersuci… iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat nasuha dari segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu. 

iii- dengan menunaikan ‘ibadat puasa sunat pada bulan Sya’aban serta amalan kebaikan lain… 

iv-  mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunnah Nabi saw serta aturcara pusanya sebelum menghampiri bulan tersebut, mempelajari syarat-syarat puasa, sah batalnya , hukum berpuasa pada hari terakhir bulan Sya’aban (hari syak), perkara yang harus, wajib atau haram bagi seseorang yang berpuasa.

v- menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan mengadakan program-program yang memenuhi waktu anda yang amat berharga itu bagi diri anda, keluarga, rakan-rakan … dengan membaca al-Quran, tadarus, hafazan… qiyamullail, menyediakan hidangan berbuka puasa untuk mereka, umrah, I’tikaf, bersedaqah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, ketaatan kepada Allah…  

oleh i2 marilah sama kita menambahkan lg amalan2 kita sebagai pesedian u menyambut ramadhan sekaligus persedia u kita menghadap allah d padg Mahsyar..amin..

No comments:

Post a Comment